Hari Peladang, Penternak dan Nelayan & Ekspo Hijau Kelantan 2017

KELANTAN muncul sebagai negeri penerajui  pengeluaran beberapa jenis buah-buahan terpilih di Malaysia sehingga ia berjaya mengatasi semua negeri lain tahun 2016.

Antaranya tembikai dengan 39,368 metrik tan, dokong (21,333 metrik tan), manggis 4,067 metrik tan dan salak, 1,316 metrik tan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, selain itu Kelantan negeri ketiga pengeluar utama sayuran di negara ini.

“Tahun 2016, Kelantan  antara pengeluar utama sayur-sayuran antaranya tomato (98,057 metrik tan), kobis bulat (26,352 metrik tan), terung (4,502  metrik tan), petola (2,323 metrik tan).

“Bagi tahun 2017, Kelantan berada di negeri kedua pengeluar padi terbesar di Malaysia,” ujarnya.

pemangku raja

Katanya, peningkatan itu akan bertambah lagi dari tahun ke tahun berikutan kerajaan negeri tidak meminggirkan sektor pertanian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan dan Ekspo Hijau Kelantan 2017.

Majlis itu diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula 30 Oktober 2017 sehingga 5 November.

Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis itu, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain jemputan.

Seramai 16 orang usahawan pertanian, penternak dan nelayan menerima anugerah masing-masing.

Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius pengaplikasian penggunaan teknologi hijau dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan. – HARAKAHDAILY 31/10/2017

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa