Kelantan Bakal Guna Bas Elektrik

KOTA BHARU – Kelantan bakal menggunakan bas elektrik pertama di negeri ini dalam masa terdekat bernilai RM1.2 juta yang berteknologi hijau, tak guna petroleum dan tiada asap serta mesra alam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, bas elektrik tersebut akan beroperasi bukan sahaja di bandar, sebaliknya ia sesuai juga untuk sehenti di kawasan taman perumahan.

“Setelah menaiki bas ini bersama 32 penumpang lain tadi, saya melihat bas ini mempunyai keistimewaan kerana menggunakan teknologi hijau, maknanya ini adalah suasana masa depan kita hari ini yang mana semakin banyak kenderaan biasa, tetapi bas ini mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap karbon dioksida.

“Kita jangka akan menggunakan bas elektrik ini dalam masa terdekat termasuk menyediakan ‘charger station’ dan sekarang ini, kerajaan Kelantan kini sedang merangka polisi khusus teknologi hijau bagi menarik pelaburan masuk ke negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Projek Perintis Bas Elektrik di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, hari ini.

Pelaksanaan bas tersebut di bawah kerjasama kerajaan Kelantan menerusi anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) dihadiri Pengurus Pembangunan Korporat, Mahadi Mokhtar.

Che Abdullah berkata, dengan kos RM1.2 juta, berjenama Higer dari China, bas tersebut boleh memuatkan kira-kira 40 penumpang dengan kelajuan maksima 80 kilometer (km) per jam

Dalam perkembangan sama, sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2017, yang kini sedang berlangsung sehingga Ahad ini, pihaknya menambah sasaran kepada 150,000 berikutan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Sebelum ini kita meletakkan sasaran pengunjung hanya 100,000 sahaja, tetapi target tersebut dijangka dicapai esok, jadi kami menambahkan lagi sasaran sehingga Ahad ini terutama tumpuan di gerai bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.

Sumber –  Sinar Harian [1 November 2017]

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa