Pembalakan, Pertanian di Hulu Kelantan Masih Diteruskan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada syarikat pembalakan dan pengusaha pertanian untuk menghentikan aktiviti mereka di hulu Kelantan termasuk pada musim tengkujuh, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, setakat ini semua aktiviti terbabit masih diteruskan.

 “Cuma selepas banjir besar pada 2014, kita memantau aktiviti pembalakan dan pertanian di kawasan pedalaman dan hanya akan campur tangan jika ada laporan daripada agensi berkaitan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan kerajaan Kelantan dalam menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak menetapkan sebarang peraturan khusus bagi menghentikan kedua-dua aktiviti berkenaan ketika musim tengkujuh.

Bagaimanapun menurut Mohd Amar, pengusaha pertanian dan pembalakan biasanya akan mengurangkan atau menghentikan aktiviti mereka jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, khususnya bermula Oktober dan November.- Bernama

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa