RM3 juta Peruntuk Untuk Jentera, Mesin Pertanian

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri menyediakan RM3 juta peruntukan melibatkan mesin asas dan peralatan jentera serta infrastruktur bagi meningkatkan produktiviti hasil pertanian tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, daripada jumlah peruntukan itu RM600,000 diagihkan menerusi peralatan kepada peserta terpilih dari setiap daerah.

“Program ini memberi tunjuk ajar mengenai kaedah menggunakan mesin bukan sahaja untuk keselamatan tetapi dapat teknik yang betul dapat digunakan untuk memaksimumkan pengeluaran dan elakkan mesin rosak.

“Kami berharap dengan sumbangan ini dapat meningkatkan hasil dan para peserta dapat berkongsi pengalaman kerja serta membina rangkaian untuk pemasaran pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup dalam Majlis Forum Petani dan Usahawan Bersama Rakan Industri Serta Penyerahan Jentera Kecil dan Peralatan Industrian Asas Tani 2017, di Pejabat Pertanian Negeri, di sini, hari ini.

Turut hadir,  Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Karim @ Mohd Khairi Yusof.

Che Abdullah berkata, bagi membolehkan para peserta untuk mahir menggunakan peralatan dan mesin itu, peserta diwajibkan menghadiri kursus dan forum yang dibimbing oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri.

Dalam perkembangan lain pula, Che Abdullah berkata, di negeri ini terdapat kira kira 8,000 hektar tanah terbiar yang tidak diusahakan akibat masalah saliran yang menyukarkan kerja pertanian dijalankan.

“Bagi mengatasi masalah tanah terbiar ini pihak kami menggabungkan kerjasama dengan beberapa pihak berkaitan termasuk Jabatan Perairan dan Saliran(JPS),” katanya.

 

Sinar Harian – 9 Okt 2017

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa