Menyedarkan rakyat tentang nilai ibadah dan kepentingannya dalam kehidupan, dan akan menjadi asas bagi merangsang perubahan minda masyarakat tani berpaksikan kepada asas-asas berikut :

  • Kehidupan adalah pengabdian kepada Allah S.W.T.
  • Pekerjaan sebagai satu bentuk ibadah kepada Allah S.W.T
  • Falsafah manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi
  • Kewajipan manusia mencapai kejayaan dalam semua bidang kehidupan.

Meletakkan ketuhanan sebagai paksi dalam perlaksanaan semua kegiatan, pekerjaan, dan kehidupan manusia berpandukan beberapa dasar utama berikut :

  • Pekerjaan hendaklah yang dihalalkan syarak.
  • Diiringi niat yang baik dan ikhlas kerana Allah S.W.T.
  • Melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh tekun dan sebaik-baik mungkin.
  • Menjaga batas-batas syariat Allah S.W.T dan menghormati dasar-dasar akhlak dengan tidak melakukan kezaliman, khianat, penipuan dan melampaui hak orang lain.
  • Pekerjaan yang dilakukan itu tidak menghalang daripada menunaikan ibadah khusus kepada Allah S.W.T seperti solat, puasa, zakat dan haji.

Merangsang perubahan minda petani secara menyeluruh sebagai dorongan dan penggerak utama ke arah kesungguhan dan peningkatan produktiviti kerja melalui penghayatan etika kerja berikut:

  • Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
  • Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
  • Bekerja dengan tekun dan cekap.
  • Bekerja dengan semangat gotong-royong dan mesyuarah serta berpadu fikiran.
  • Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

Bertani Satu Ibadah

Islam & Pertanian

Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya.

Hadith riwayat Imam Ahmad

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa