Bertani Satu Ibadah

Mengajak rakyat/petani untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta melalui pemahaman tentang segala aktiviti berkaitan pertanian seperti proses kejadian tumbuhan, binatang ternakan dan alam semulajadi.

Bertani Satu Ibadah

Mengajak rakyat/petani untuk memahami dan menghayati konsep dan falsafah Ubudiah dalam kehidupan seharian dan memastikan semua aktiviti yang dilaksanakan adalah sejajar dengan konsep ibadah dalam Islam.

Bertani Satu Ibadah

Adalah suatu proses dakwah dan pendidikan. Ia berusaha mempastikan wujudnya pembawaan nilai-nilai ibadah dalam kehidupan seharian rakyat/petani lantas memupuk keperibadian individu unggul yang berjaya di dunia dan akhirat.

Bertani Satu Ibadah

Mengajak supaya rakyat/petani melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dengan memanfaatkan segala potensi, keupayaan dan sumber alam untuk bersama-sama menjayakan visi untuk menjadikan Kelantan Jelapang Makanan Negara.

Bertani Satu Ibadah

Mengajak rakyat/petani supaya mendidik dan menyedarkan tiap individu, keluarga, jiran, masyarakat dan organisasi (kerajaan, swasta, sukarela) akan kepentingan mengamalkan nilai-nilai ibadah dalam kehidupan mereka.

Bertani Satu Ibadah

Mengajak rakyat/petani supaya  sentiasa bekerja dengan tekun, cekap, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi kerja.

Bertani Satu Ibadah

Islam & Pertanian

Barangsiapa yang petangnya penat, setelah berjaya menghasilkan produk daripada kerja tangannya sendiri, maka petang itu, diampunkan dosa-dosanya oleh Allah

Hadith riwayat Imam Al-Tabrani

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa