Produk agro pelancongan semakin terkenal di Kelantan, ia unik dan terdapat pelbagai pilihan untuk pengunjung tempatan dan luar negara ke sini. Selain dapat membantu ekonomi penduduk setempat anda juga berpeluang menyelami kehidupan rakyat Kelantan yang sebahagian besar terlibat secara langsung dalam bidang pertanian.

Homestay juga salah satu cara pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan agro pelancongan. Pelancong berpeluang untuk merasai pengalaman bercucuk tanam dan berkebun semasa lawatan. Antaranya, memberi makan kepada ternakan itik, kambing dan melihat dengan dekat kehidupan penduduk Kelantan yang terlibat dalam agro pelancongan.

Antara tempat-tempat agro pelancongan menarik di Kelantan.

  • Rong Chenok – ladang ternakan rusa
  • Homestay Nelayan Pantai Suri
  • Pasar Siti Khadijah

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa