Pengenalan

Bioteknologi adalah aplikasi pengetahuan dan teknologi yang dibangunkan daripada pemerhatian dan pemahaman biologi serta proses sedia ada secara semulajadi. Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya.

Telah termaktub di dalam Al-Quran, mengingatkan manusia untuk berfikir dan sebagai renungan tentang alam semulajadi, di mana terdapat pelbagai mikrob dari spesis tumbuhan dan binatang yang dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan.

Dalam usaha untuk mengembalikan semula ketamadunan Islam dalam bioteknologi, Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (’KBCSB’) . Negeri Kelantan adalah berpotensi di dalam sektor pertanian, kaya dengan bahan semulajadi dan modal insan yang dinamik.

KBCSB telah diberi kuasa untuk meletakkan satu asas yang kukuh bagi membangunkan pertumbuhan di dalam bidang-bidang yang penting supaya membentuk K-ekonomi di Negeri Kelantan. Perjalanan berjuta batu ini sudah bermula dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan rakan kongsi yang lain untuk membangunkan kebolehan kita yang sedia ada dalam bidang agro-bioproses dan penggandaan mikroorganisma untuk mengkomersilkan enzim industri yang bermutu tinggi.Tidak lama lagi, syarikat akan terus mempolopori industri bioteknologi di Negeri Kelantan dan seterusnya di Malaysia dalam pelbagai aspek. Contohnya dalam bidang bioteknologi keusahawanan, pembangunan dan biobahan novel (penemuan baru) dengan menggunakan mega biodiversiti yang berpotensi besar untuk menghasilkan produk bioteknologi berkualiti tinggi, penghasilan enzim industri yang baru seterusnya dalam bidang yang lebih mencabar iaitu seperti pembangunan tenaga alternatif menggunakan bahan api dan stok

Kelantan BioTech Corporation Sdn Bhd

KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD telah ditubuhkan pada 15 Disember 2005 dengan nama Kelantan Biotechnology Park Sdn Bhd. Sesuai dengan peranan utama syarikat sebagai pemangkin dan penjana pertumbuhan industri bioteknologi di negeri Kelantan, maka nama syarikat telah ditukar kepada Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd pada bulan March, 2007. Syarikat Kelantan Biotech Corporation adalah anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan, sebuah perbadanan yang bertanggungjawab untuk memajukan ekonomi negeri Kelantan, khususnya di dalam bidang-bidang baru.

Misi Syarikat

Menyedari bahawa ulama dan saintis Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu pernah menjadi sumber rujukan dan mendahului dunia lain dalam penemuan dan teori saintifik pada zaman itu, maka Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd meletakkan visi utama syarikat untuk ”MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIOTEKNOLOGI”.

Objektif Syarikat

  1. Membina keupayaan jangka panjang Negeri Kelantan di dalam bidang bioteknologi.
  2. Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri bioteknologi di Negeri Kelantan dengan memainkan peranan sebagai agensi sokongan utama untuk merancang dan melaksanakan program perkembangan dan pertumbuhan industri bioteknologi di negeri Kelantan khususnya melalui penglibatan sektor swasta.
  3. Meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya golongan petani dan penduduk luar bandar, dengan menggunakan kaedah terkini di dalam bioteknologi.

Strategi Syarikat

Bagi memastikan misi dan objektif syarikat tercapai, beberapa pendekatan-pendekatan khusus telah dirangka.

Antaranya adalah:
Pendekatan 1 : Memberi tumpuan kepada meningkatkan nilai hasil pertanian sedia ada.
Pendekatan 2 : Memberi fokus kepada teknologi agro-bioproses untuk membina keupayaan jangka panjang.
Pendekatan 3 : Membantu dan menggalakkan penglibatan sektor swasta sebagai pemacu utama bioteknologi.
Pendekatan 4 : Memupuk dan membina modal insan dan harta intelek di dalam bidang bioteknologi.
Pendekatan 5 : Mengadakan usahasama dan perkongsian bijak dengan semua pihak samada agensi kerajaan atau swasta.

Platform Teknologi

Agricultural Bio-Processing adalah merupakan platform teknologi yang akan digunakan oleh Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd untuk membina keupayaan jangka panjang bioteknologi di negeri Kelantan.
Kenapa Agro-Bioprocessing?

  • Teknologi ini lebih relevan dengan ekonomi Kelantan
  • Mempunyai bidang aplikasi yang lebih luas
  • Boleh menambah nilai hasil pertanian dan lebih menguntungkan
  • Merangsang pertumbuhan sektor pertanian
  • Melambatkan jangka hayat produk pertanian
  • Meluaskan pasaran secara global
  • Lebih mudah untuk membuka peluang keusahawanan kepada masyarakat tempatan

Untuk keterangan lanjut :-

KELANTAN BIOTECH CORPORATION SDN BHD
Alamat     : Lot 3174, Batu 23, Jalan Machang-KB, 18500 Machang, Kelantan
Phone     : 09- 976 5280
Faks        : 09-976 5282
Email       : inquiry@kelantanbiotech.com.my

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa