Pengenalan

Polisi pembangunan ternakan akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan produk ternakan berkualiti tinggi di pasaran tempatan dan juga membuka ruang untuk di eksport.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

Visi

Industri ternakan menjadi komersial dan bersepadu sepenuhnya yang  mengeluarkan makanan yang berkualiti dari hasilan ternakan bagi mencapai tahap saradiri negara dan eksport

Misi

Kami komited kepada  pertumbuhan industri haiwan yang mantap bagi membekalkan makanan yang  bermutu dan selamat dari hasilan ternakan untuk  negara dan eksport dengan menyediakan  perkhidmatan veterinar yang berkualiti dari individu yang bermotivasi, mahir dan kreatif

Objektif

  • Mencegah, mengawal dan membasmi penyakit-penyakit haiwan dan zoonotik
  • Menggalak pertumbuhan dan pembangunan industri haiwan yang mantap
  • Menentukan bahan-bahan haiwan untuk makanan manusia suci, bersih dan sesuai untuk dimakan
  • Menggalak pertumbuhan dan  pembangunan industri makanan haiwan
  • Menentukan kebajikan dan kesejahteraan semua  haiwan sentiasa terpelihara

Perkhidmatan Utama

  • Perkhidmatan Veterinar Lapangan
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Penguatkuasa
  • Perkhidmatan Makmal
  • Rundingcara
  • Perancangan & Penilaian
  • Kesihatan Awam
  • Perkhidmatan Kuarantin
  • Import & Eksport

Tumpuan/Strategi Jabatan Ke Arah Menjadikan Kelantan Sebagai Jelapang Makanan

Pembangunan Projek Lembu Pedaging

Menggalak penglibatan pihak swasta dalam integrasi

Tenusu

  • Menaik taraf koloni tenusu sedia ada
  • Menggalak penglibatan pihak swasta pada skala komersial

Pembangunan foder

Mengoptimakan penggunaan tanah untuk pengeluaran makanan ternakan

Pembiak-bakaan

Meningkatkan kualiti dan daya pengeluaran ternakan

Khidmat sokongan

  • Membangun kerjaya dan sumber manusia
  • Memperkukuhkan sistem penyampaian

 

 

 

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa