Pengenalan

Negeri Kelantan merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mengeluarkan hasil perikanan tangkapan dan akuakultur yang bermutu tinggi. Sektor perikanan di Kelantan berperanan besar sebagai salah satu sektor penyumbang bagi bekalan protin kepada penduduknya serta menyedia peluang kerja kepada 5,000 penduduknya.

Jabatan Perikanan Negeri Kelantan

Visi

Meningkatkan pengeluaran dan imbangan dagangan perikanan negara ke arah mewujudkan kumpulan sasar yang maju menjelang tahun 2010

Misi

Mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara  mampan, dinamik dan berdaya saing  berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.

Objektif

  • Merealisasikan sasaran pengeluaran ikan negara kepada 2 juta tm setahun melalui peningkatan sumbangan perikanan laut dalam 500,000 mt, akuakultur 600,000 mt dan mengekalkan sumbangan perikanan laut pantai 900,000 mt
  • Mencapai imbangan dagangan perikanan sebanyak RM4 billion setahun melalui sumbangan 10 produk utama yang ditetapkan.
  • Menjamin pendapatan minimum bersih usahawan perikanan sebanyak RM3,000.00 sebulan.
  • Memastikan pendapatan golongan nelayan melebihi paras kemiskinan.

Aktiviti Teras

  • Perikanan Tangkapan dan Pengurusan Sumber
  • Akuakultur
  • Industri Asas Tani dan Pembangunan Komuniti Nelayan

Pelan Pembangunan Industri Perikanan 2010

  • Menjadikan Pelabuhan Tok Bali sebagai sebuah pelabuhan yang lengkap dari segi kemudahan infrastruktur serta aktiviti industri hiliran dan sokongan.
  • Mengalakkan pelaburan baru dalam sektor akuakultur khususnya di kawasan TKPM/ ZIA.
  • Menambah nilai produk-produk perikanan sediada dan baru.
  • Meningkatkan  pengeluaran benih ikan yang berkualiti dengan mewujudkan  pusat Baka Induk dan Pembenihan (Bukit Bakar)
  • Meningkatkan Kawalan Sumber Perikanan Darat Melalui Penyenaraian Nelayan Sungai dan Penguatkuasaan Perikanan Darat
  • Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Sumber Perikanan Tangkapan Melalui Program Pemantauan Vesel ( LOV dan VU)
  • Program Jaminan Kualiti,Keselamatan Produk dan Kawalan Penyakit Haiwan Akuatik  Menerusi Pensijilan SAAB dan SPLAM
  • Pengiktirafan Pensijilan Halal, GMP dan HACCP Kepada  PUB sediada.
  • Menjana Ekonomi Masyarakat Nelayan Melalui Pengurusan Sumber Perikanan Yang Bertanggungjawab.
  • Pemutihan Peserta e-Kasih Menerusi Aktiviti Peningkatan Pendapatan Berasaskan Perikanan.

Alamat

Jabatan Perikanan Negeri Kelantan

Tingkat 6
Wisma Persekutuan
Jalan Bayam
15628 Kota Bharu
Kelantan
Tel  :  09-7414773
Faks :  09-7483433

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa