IKAN TOK BALI JADI PILIHAN RAMAI
Oleh Hafiz Irwan
Foto Muhd Yusri Amin 

PASIR PUTEH: Tok Bali nama yang menjadi sebutan ramai bukan sahaja di Kelantan, malah di seluruh negara. Jeti pendaratan ikan boleh dilihat di sepanjang terusan tersebut. Ada jeti pendaratan dimiliki pihak persendirian, agensi kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Selain itu ada juga pasar ikan segar, resort, aparment, kilang air batu dan limbungan tempat membaiki kapal. Maka tidak hairanlah Tok Bali bukan sahaja masyhur dengan kompleks perikanan terbesar di Kelantan, sebaliknya sebagai pusat peranginan tersohor. Terdapat sembilan jeti pengkalan pendaratan ikan yang diusahakan syarikat swasta sejak lebih 10 tahun lalu. Ini membuktikan Tok Bali sebagai kawasan berstrategik. Jeti pendaratan ikan milik LKIM terbesar di terusan Tok Bali, namun belum beroperasi sepenuhnya lagi. Pemborang dan peraih ikan yang terlibat dengan aktiviti perniagaan ikan ada yang datang dari Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu.

Seorang peraih ikan dari Pasir Puteh, Mazlan Jaafar tidak menafikan kemudahan yang disediakan di pusat pendaratan tersebut memberi keselesaan kepada orang ramai. “Segala kemudahan yang ada cukup selesa. Dari segi bekalan ikan juga sentiasa mencukupi, tidak pernah bermasalah. “Orang ramai lebih suka berurusan jual beli di sini kerana banyak kemudahan asas dan kemudahan awam lain disediakan seperti pasar, warung, surau dan tempat rehat. “Kalau hendak dibandingkan sebelum 20 tahun lalu memang jauh bezanya. Kiranya sesuai dengan apa yang ada di sini, khususnya dari segi pertumbuhan ekonomi masyarakat tempatan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Projek pembangunan di Tok Bali dijangka lebih terserlah dengan pembinaan jalan baru dari Alor Pasir yang merentangi Sungai Semerak memudahkan orang ramai yang datang dari Machang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli. Tok Bali terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Semerak kira-kira 16 kilometer dari bandar Pasir Puteh. Dun berkenaan diwakili Wan Hassan Wan Ibrahim.

Seorang pemborong ikan berbangsa Cina yang hanya mahu dikenali sebagai Jefry berkata, dari sudut prasarana memang tidak dapat dipertikaikan, namun masih terdapat beberapa perkara harus dipertingkatkan. “Sudah lebih setahun saya memborong ikan di sini. Tempatnya memang bagus, cuma dari segi kemudahan pengangkutan sahaja masih di takuk lama. “Saya rasa jika itu dapat dipertingkatkan pasti Tok Bali akan jadi lebih maju dari tempat-tempat lain,” katanya. Setiap kali datang ke Tok Bali beliau memborong ikan sehingga empat tan. Seorang peniaga di pasar Tok Bali, Senah Deraman mengakui projek pembangunan di kawasan itu telah banyak mengubahkan nasib kehidupan masyarakat setempat. “Nak kata kaya tu tidaklah, tapi sikit sebanyak sumber pendapatan tu.. adalah. “Cara kita orang kampung boleh dikatakan majulah berniaga dengan cara kampung,” katanya.

Beliau sudah tiga tahun terlibat dengan perniagaan hasil laut.

 

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa