Senario Pertanian Negeri Kelantan

Pengenalan

Pertanian merupakan salah satu antara aktiviti utama penduduk di Negeri Kelantan terutamanya penduduk di luar bandar. Pada tahun 2007, kegiatan pertanian telah menyumbangkan RM660 juta atau 20.70 peratus daripada KDNK negeri. Walau bagaimanapun hanya sebahagian pertanian di Kelantan yang berbentuk komersil dan berskala besar manakala kebanyakan dijalankan secara kecil-kecilan. Selain itu sebagai salah satu pintu masuk negara ia menghadapi persaingan daripada pengeluaran hasil pertanian negara jiran.

Sektor pertanian merupakan nadi kepada pembangunan Kelantan kerana 25% atau 350,000 hektar dari keseluruhan keluasan negeri adalah merupakan kawasan pertanian dan menjadi pergantungan hidup kepada 450,755 orang dari 90,051 keluarga negeri ini yang kini berjumlah kira-kira 1.5 juta. Secara amnya sumbangan sektor pertanian kepada KDNK Negeri adalah sebanyak 16.1% .Gambaran sektor pertanian negeri Kelantan 2007 boleh dilihat sebagaimana jadual di bawah ;

Jadual Pengeluaran Makanan dan Penggunaan 2007

Bil

KOMODITI

PENGGUNAAN PERKAPITA (KG)

PENGELUARAN (MT)

KEPERLUAN  (MT)

% SARADIRI

1 Beras

82

149,602

123,459

121

2 Sayur

37

53,356

55,707

95.7

3 Buah

55

171,550

82,500

196

4 Daging Lembu/ Kerbau

7

4,325

10,500

41

5 Daging Kambing/ Biri-Biri

0.13

166.06

166

100

6 Daging Ayam

28

35,282

43,306

81

7 Telor

7.81

3,030

10,068

30

8 Ikan

49

74,637

73,500

101

JUMLAH

265.94

491,948

399,206

95.71

Sumber : Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan

Sehingga awal 2007, keluasan kawasan yang diusahakan dengan tanaman padi seluas 71,365 hektar, kawasan tanaman sayur-sayuran 3,213 hektar, buah-buahan 47,605 hektar , tanaman singkat masa dan herba 2,580 hektar. Pada masa ini komoditi utama negeri Kelantan iaitu getah dan kelapa sawit masing-masing kawasan seluas 175,706 hektar dan kelapa sawit  94,542 hektar.

Keluasan Tanaman Industri Mengikut Daerah Dan Jenis Tanaman 2007

Jajahan

Kawasan (hektar)

Getah

Kelapa Sawit

Tanaman Industri

Padi

Buah-Buahan

Sayur-Sayuran

Tanaman Makanan Lain

Bachok

3,129.24

5.41

5,600.60

9,906.00

2,219.14

739.50

542.50

Gua Musang

24,119.98

44,786.66

293.50

0.00

6,837.48

415.86

214.50

Jeli

14,378.52

11,220.68

209.50

78.00

6,807.63

147.00

113.50

Kota Bharu

8,449.90

12.16

1,972.85

19,899.50

4,570.15

171.95

248.70

Kuala Krai

49,552.71

16,020.71

100.50

127.00

10,703.85

55.37

490.71

Machang

23,561.53

1,187.99

438.90

2,710.00

3,469.67

112.27

202.92

Pasir Mas

17,658.99

818.85

1,350.45

14,746.00

2,736.40

95.76

140.26

Pasir Puteh

10,178.65

392.36

3,269.60

16,422.00

2,924.00

160.50

121.10

Tanah Merah

23,448.45

20,097.00

302.20

943.00

4,008.40

131.90

217.00

Tumpat

1,228.32

0

1,648.40

6,534.00

3,328.90

1,183.00

288.40

Jumlah

175,706.29

94,542

15,186.50

71,365.50

47,605.62

3,213.11

2,579.59

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Kelantan 2007

Pada akhir tahun 2006 terdapat 670 kelompok projek pertanian berkelompok dengan keluasan kawasan bertanam sebanyak 34,066 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 111,833 MT bernilai RM97,171,437.

Jabatan Pertanian Negeri Kelantan

Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan efektif kepada pengusaha-pengusaha dalam sektor pertanian di dalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian negeri.

Visi

Ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasikan eksport

Misi

Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkat daya pengeluaran serta mempastikan keselamatan sektor pertanian negara

Peranan

  • Perkhidmatan Pengembangan
  • Pembangunan Sektor Tanaman
  • Pembangunan Industri Asas Tani
  • Perkhidmatan Regulatori & Penguatkuasaan
  • Perlindungan Tanaman & Kuarantin Tumbuhan
  • Pengurusan & Pemuliharaan Sumber Tanah
  • Perkhidmatan Kejuruteraan Pertanian Dan Mekanisasi Ladang
  • Pengeluaran Benih & Bahan Tanaman

Perkhidmatan Teras

  • Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan
  • Menguatkuasakan akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit serta memudahkan perdagangan antarabangsa

Fokus Pelaksanaan Program 2010

Untuk mencapai objektif Dasar Pertanian Negeri, fokus pelaksanaan program/aktiviti Jabatan Pertanian Negeri pada tahun 2010 dalah seperti berikut :-

•  Peningkatkan Hasil
•  Peningkatkan Kualiti
•  Bekalan Bahan Mentah Untuk Pemperosesan
•  Promosi Teknologi
•  Pembangunan Tanah Terbiar
•  Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi :-

Jabatan Pertanian Negeri Kelantan
Kompleks Pertanian Lundang,
Beg Berkunci No. 22,
15990 Kota Bharu,
Kelantan
Tel   :  09-7442400
Fax   :  09-7441047

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa