KURSUS PENTERNAKAN UNGGAS NEGERI KELANTAN 2017

Telah berlangsung satu Kursus Penternakan Unggas Negeri Kelantan 2017 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada 27 Disember 2017 (rabu) bertempat di Pejabat Kawasan Tumpuan Sasaran (KTS) Zon Kelantan, Machang, Kelantan.

Kursus tersebut bermula dari pendaftaran peserta pada pukul 8.30 pagi dan seterusnya perbentangan kertas satu mengenai ‘Pengenalan Penternakan Unggas’ oleh Dr. Nooraihan binti Harun. Manakala kertas kedua pula dibentangkan oleh Tuan Haji Azemi bin Mahmud berkenaan ‘Penternakan Itik’.

Seterusnya kertas ketiga bertajuk ‘Penternakan Ayam Kampung’ disampaikan oleh En. Nik Badrol Hisyam bin Nik Jaafar, Ketua Unit Unggas JPVNK. Bagi kertas keempat pula sekali lagi Tuan Haji Azemi bin Mahmud membentangkan berkaitan Penternakan Puyuh.

 kursus penternakan unggas 2
Perbentangan oleh Dr. Muhamad Asyraf bin Razali

Mengenai ‘Penyakit-penyakit Unggas’ pula perbentangan telah dibuat oleh Dr. Muhamad Asyraf bin Razali, Ketua Bahagian Regulatori JPVNK pada kertas yang ke lima. Dan yang terakhir, kertas enam mengenai MyGAP telah dibentangkan oleh Dr. Wan Ayuni binti Wan Nazimuddin.

Tujuan kursus ini dibuat untuk memberi pendedahan terhadap industri itik, ayam kampung, puyuh dan pengenalan bagi MyGAP dan penyakit-penyakit unggas. Kursus ini juga mampu memberi kefahaman berkaitan keperluan dan pengurusan ternakan. Dalam pada itu ia juga sedikit sebanyak memberi pendedahan terhadap asas ekonomi ternakan itik, ayam kampung serta puyuh.

kursus penternakan unggas 4kursus penternakan unggas 3

 

 

Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Mod Penglihatan Mod Penglihatan Cerah Mod Penglihatan Malap

Saiz Tulisan Besarkan Saiz Tulisan Kecilkan Saiz Tulisan Reset Saiz Tulisan

Bahasa